I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pusat Akses Sekolah


PDF Cetak Emel

Apakah itu Pusat Akses Sekolah?

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Apakah matlamat Pusat Akses Sekolah?

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
  2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
  3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Apakah objektif Pusat Akses Sekolah?

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
  1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
  2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan
  3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran

Bagaimanakah Pusat Akses Sekolah beroperasi?

Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.

Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?

Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
  1. Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
  2. Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
  3. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
  4. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
  5. Berkolaborasi dengan murid lain


Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?

Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet.

Apakah peralatan yang akan dibekalkan?

Setiap sekolah akan menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat

Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?

Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.

Apakah agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah?

Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 pertaus adalah sekolah menengah.

Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?

Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
  1. Ada ruang/bilik yang sesuai
  2. Ada bekalan elektrik 24 jam
  3. Ada akses kepada Internet
  4. Ada Makmal Pengkomputeran
  5. Kemahiran ICT warga sekolah
  6. Komitmen pihak pentadbir sekolah

Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?

Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:

  1. Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
  2. Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
  3. Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat

Sumber dari: http://btpnmel.moe.edu.my

Asas Komputer



Susun Atur Pusat Akses SKBH

Inventori dan Harta Modal Pusat Akses SKBH

Inventori dan Harta Modal Pusat Akses SKBH

  1. Meja Komputer - 10 buah
  2. Kerusi Murid - 12 buah
  3. Meja Guru - 1 buah
  4. Printer - 1 buah
  5. Meja Printer - 1 buah
  6. Papan Putih - 1 buah
  7. Meja Murid - 1 buah
  8. Rak Fail - 1 buah
  9. Papan Kenyataan - 1 buah

Visi, Misi, Objektif, Matlamat & Harapan

Visi:
Ke arah mewujudkan kecemerlangan warga sekolah yang berpengetahuan melalui penyelidikan dan pencarian maklumat yang terancang, kreatif dan inovatif demi memenuhi cita-cita dan wawasan.

Misi:
Menyediakan kelengkapan dengan bahan yang sebaik mungkin serta mempamerkan bahan informasi yang terkini dan berteknologi tinggi bagi menyajikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti.

Objektif:
- meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat secara elektronik.
- membolehkan murid melaksanakan pembelajaran sendiri, terarah kendiri & akses kendiri dengan lebih berkesan.
- meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Matlamat:
- membudayakan penggunaan ICT di sekolah
- mengurangkan nisbah komputer dengan murid
- meningkatkan "contact hour" murid menggunakan komputer

Harapan:
Adalah diharapkan dengan adanya kemudahan Pusat Akses, warga SKBH akan dpt menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin dan akan dapat melakukan lonjakan paradigma dalam menerima perubahan arus perdana itu.





Selamat Datang Ke Blog SK Bertam Hulu, Melaka

Selamat datang kepada semua pelayar blog yang sudi menjengah ke blog Pusat Akses SK Bertam Hulu. Di atas kesudian anda diucapkan ribuan terima kasih dan anda digalakkan memberi sebarang cadangan, pendapat serta komen di emel pusat akses ini.

emel: pusatakses.skbh@gmail.com

Salam 1 Malaysia untuk semua pelayar. Terima Kasih

Persatuan Komputer SKBH

Pada setiap hari Selasa, persatuan komputer akan mengadakan aktiviti di pusat akses. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berasaskan komputer umumnya dan internet khususnya. Ini adalah untuk memaksimumkan lagi pengunaan pusat akses dan sekaligus membudayakan ICT dikalangan murid-murid.
Murid-murid juga amat berminat dan masa 1 jam seminggu tidak mencukupi untuk mereka mengaplikasikan pelajaran mereka.